message from Pn Aida posted in facebook CzeMSA group
--------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum w.b.t.
Pengumuman
PENDAFTARAN SEBAGAI PENGUNDI TIDAK HADIR
Pegawai dan kakitangan Kedutaan Besar Malaysia di Prague telah dilantik  oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) sebagai Penolong Pendaftar  Pemilih.
Sehubungan ini, warganegara Malaysia di Republik Czech  yang berumur 21 tahun dan ke atas, serta memenuhi salah satu daripada  kriteria (i) dan (ii) di bawah adalah merupakan Pengundi Tidak Hadir  berdasarkan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 :
(i) berkhidmat dalam perkhidmatan awam Kerajaan Malaysia, Kerajaan  mana-mana Negeri atau berkhidmat dalam perkhidmatan mana-mana pihak  berkuasa tempatan atau  mana-mana pihak berkuasa berkanun serta pasangan  mereka; atau
(ii) sedang belajar sepenuh masa di mana-mana  universiti, maktab latihan atau mana-mana institusi pendidikan tinggi  serta pasangan mereka,
Mana-mana warganegara Malaysia di  Republik Czech yang memenuhi kriteria di atas boleh membuat permohonan  pendaftaran baru atau pendaftaran tukar status daripada pengundi biasa  kepada Pengundi Tidak Hadir atau permohonan kemas kini alamat di luar  negara dengan hadir sendiri kepada Penolong Pendaftar Pemilih di  Kedutaan Besar Malaysia di Prague.
Sebarang pertanyaan lanjut  boleh diajukan kepada Cik Wan Naimah Wan Daud, Setiausaha Kedua  (Pentadbiran) dan Puan Aida Baizura Mohd Nor, Penasihat Kedutaan  (Pendidikan dan Hal Ehwal Kebudayaan) di talian (+420) 234 706 633.
Sekian, terima kasih.
PPL Prague
Any questions meant for Pn Aida or need for discussion can be followed on the following facebook page. CzeMSA FACebook
 
 


 
 
 
 
0 comments:
Post a Comment