KEPERLUAN UNTUK MENGEMUKAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

Thursday, February 2, 2012



 
 
 
Tel                         :  + 420 234 706 611
Fax                        :  + 420 296 326 192
Email                     :   mwprague@mwprague.cz
 
 


 
 
 

                                                                                                                 
 
 
    Ruj   : JPA/PPL/PRAGUE(312A) 197/12/4 JLD. 2 (1)
   Tarikh : 31 Januari 2012
  
 
Kepada :
Pelajar Tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) &
Pelajar Tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Di Republik Czech
Sesi Akademik 2011/2012
 
Saudara/Saudari,
 
KEPERLUAN UNTUK MENGEMUKAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
 
Dengan segala hormatnya saya ingin memaklumkan bahawa pihak Kedutaan sedang membuat kajian prestasi akademik semua pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat  (MARA) di Republik Czech bagi sesi akademik 2011/2012. Tujuan kajian tersebut adalah untuk memantapkan lagi pemantauan dan meningkatkan lagi prestasi akademik para pelajar.
 
2.         Sehubungan ini, setiap pelajar adalah dikehendaki mengemukakan transkrip keputusan peperiksaan yang telah diduduki setelah berakhirnya musim peperiksaan bagi Semester Musim Sejuk 2011/2012 serta mengisi Format Keputusan Peperiksaan. Format Keputusan Peperiksaan yang perlu diisi oleh para pelajar adalah seperti di lampirkan. Maklumat ini perlu dikemukakan kepada saya selewat-lewatnya pada 1 Mac 2012 sama ada secara pos atau emel.
 
3.         Selain itu, saya ingin menasihatkan supaya setiap pelajar dapat menduduki semua peperiksaan dengan jayanya serta mengurangkan kes-kes mengulangi peperiksaan kerana ianya akan menjejaskan jumlah tahun pengajian pelajar.
 
4.         Saya amat berharap kerjasama penuh daripada saudara/saudari dalam hal ini.
 
Sekian, terima kasih.
 
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
 
Saya yang menurut perintah,
           
           
                     t.t.
(AIDA BAIZURA BINTI MOHD NOR)
Penasihat Kedutaan (Pendidikan Dan Kebudayaan)
Kedutaan Besar Malaysia , Prague
 
 
Tel.      :  (+420) 234 706 633
Fax.     :  (+420) 296 326 192
H/p      :  (+420) 776 600 790
Emel    :  education@mwprague.cz
 
S.k.
 
En. Mohd Salleh Abdullah
Director of Mara Germany
Level 18, Kastor, Platz Der Einheit 1,
60327 Frankfurt am Main
Federal Republic of Germany

 

0 comments:

Post a Comment

 
CzeMSA © 2011 | Designed by VPS Hosts, in collaboration with Call of Duty Modern Warfare 3, Jason Aldean Tour and Sister Act Tickets